Thursday, December 23, 2010

Pemasangan di IKBN Peretak dan PLKN Kerling





Tahniah!! kepada En.Din dari Ulu Yam kerana mengguna perkhidmatan dari syarikat saya untuk pemasangan 4 unit mesin basuh di IKBN Peretak dan 4 unit mesin basuh di PLKN Kerling.
Apa yang saya harapkan semoga en.din terus berjaya didalam perniagaan ini.

Disini saya uploadkan beberapa gambar bagi pemasangan yang telah dibuat.

Kepada mereka yang berminat, sila hubungi saya 013-6826669.


Sunday, December 5, 2010

PEMASANGAN BARU DI USIM ACACIA PARK APARTMENT BANDAR BARU NILAI





Pemasangan 2 unit mesin basuh layan diri di USIM Acacia Park Apartment, Bandar

Baru Nilai (dalam kedai Telco & Post) telah siap. Dalam Mesin akan bertambah

pada hujung bulan December memandangkan pelajar akan mula mendaftar pada

awal bulan Januari 2011.

Di sini saya uploadkan beberapa gambar mesin tersebut.

Sekiranya berminat ingin menceburi bisnes dobi layan diri sila hubungi

saya di 013-6826669. Saya sedia membantu!

Tuesday, November 23, 2010

PEMASANGAN DI APARTMENT





TAHNIAH!!! Buat En Hafiz dan Roy kerana berani mencuba untuk membuka Dobi Layan Diri di apartment mereka yang kebanyakannya didiami oleh pekerja-pekerja kilang..
Satu langkah permulaan yang BERANI di ambil oleh mereka walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

Disini saya uploadkan beberapa gambar mesin yang telah dipasang di apartment tersebut.

Sekiranya anda ingin menceburi bidang 'passive income' sila hubungi saya 013-6826669.

Saya sedia membantu!

Wednesday, November 3, 2010

PASANG MESIN KAT PANTAI TIMUR..







Salam,

Alhamdulillah, disebabkan sambutan yang amat menggalakan, syarikat saya telah berkembang di Pantai Timur..terutama di Kelantan Darul Naim. Syabas kepada sahabat saya Encik Rahim yang saya lantik sebagai agent Pantai Timur. Di sini saya pamerkan beberapa gambar pemasangan mesin dobi di sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Kelantan.

Sekiranya anda berminat, jangan segan silu sila hubungi saya di 013-6826669.

Thursday, September 30, 2010

COPY & PASTE






Salam,

Makin ramai yang berminat dengan Dobi Layan Diri nih...dan makin ramai yang buat " COPY & PASTE " gambar dobi yang telah saya pasang dan mereka pun iklan lah...lagi best tuh...cakap ada pengalaman 3 tahun lah...2 tahun lah...dan macam-macam lagi.
Takpe lah, nak buat macam mana...prinsip saya cukup mudah..." Buat Yang Terbaik dan Pasti Ramai yang akan Mencari..."
Disini saya postkan lagi beberapa gambor dobi layan diri yang telah siap di pasang. Kepada mereka yang ingin menceburi bisnes sila hubungi saya 013-6826669.
Lagi satu, tolong pilih syarikat yang betul-betul komited yang nak jual mesin dobi layan diri nih...Harga biorlah logik!
Kita buat servis perkhidmatan....maknanyer "After Sales" tu yang penting!
Fikir-Fikirkan!!!


Saturday, August 21, 2010

GAMBOR LAGI

Terima Kasih saya kepada en.Azlan dari Shah Alam, kerana mempercayai saya untuk memasang 4 unit mesin basuh layan diri di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, Shah Alam.
Mesin basuh ini menggantikan mesin lama beliau dimana mesin yang beliau gunakan sudah tidak dapat berkhidmat dengan cemerlang lagi di mana kos membaikinya adalah terlalu mahal. Oleh yang demikian saya ingin mengucapkan SYABAS kepada beliau kerana membuat keputusan yang BIJAK dimana beliau menghapuskan mesin yang lama dan membeli mesin yang baru. Mesin baru yang digunakan ini lebih mudah dan murah berbanding mesin yang lama beliau gunakan dimana harga mesin lama ialah RM 6,000 seunit berbanding mesin baru iaitu RM 2,200 seunit.
TAHNIAH! sekali lagi daripada saya.

Monday, August 9, 2010

HARGA?

Harga ? Itu adalah persoalan yang selalu saya terima dari mereka yang ingin menjalankan bisnesdobi layan diri ini. Di sini saya sertakan beberapa harga yang di tawarkan :-


1- PACKAGE JIMAT = RM 900

-> 1 coin box = RM 700 ( 1 tahun part warranty )
-> Upah pasang = RM 200 ( pemasangan standard )
-> Mesin Basuh Anda BELI SENDIRI.


2- PACKAGE BERBALOI = RM 2000

-> 1 coin box ( 1 tahun part warranty ) + Mesin basuh TOSHIBA 7kg ( 1
tahun warranty ) + Penghantaran + Permasangan ( Percuma )
-> Tambah RM 200 sekiranya untuk buat BYPASS timer untuk TIADA
masalah air bertakung.


3- PACKAGE OTAI = RM 3300

-> 1 coin box ( 1 tahun warranty ) + Mesin Basuh TOSHIBA 7kg ( 1 tahun warranty ) + Penghantaran + Pemasangan ( Percuma ) + BYPASS timer + 3 kali servis PERCUMA untuk 'Repair On Site'.
-> Maknanya package ini Anda hanya telefon saya untuk memberi tahu masalah dan saya akan turun di tempat anda TANPA sebarang bayaran dikenakan untuk 3 kali dalam setahun bagi satu mesin basuh.

Saya berharap kepada mereka yang ingin menjalankan perniagaan ini dapat memilih package yang anda inginkan.Untuk makluman, mesin basuh yang digunakan untuk membuat perniagaan TIADA warranty oleh pihak kilang melainkan syarikat saya yang memberikan warranty tersebut. Oleh yang demikian, saya berharap anda tahu apa yang anda pilih.

Sila hubungi saya Rusli 013-6826669 untuk sebarang pertanyaan.

Saturday, August 7, 2010

Gambar Lagi





Gambar ini dari Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson. Mesin Basuh telah beroperasi lebih dari 6 bulan tapi masih kelihatan seperti baru kerana ianya dijaga dengan baik oleh pekerja di Kolej tersebut...pelajarnya juga menggunakan mesin ini dengan lebih cermat dan bijak.

Thursday, July 29, 2010

Projek Kat UNISEL





Alhamdulillah, hari ni siap pasang 4 unit mesin basuh Toshiba 7kg kat salah satu asrama perempuan. Setelah mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja2 paip dan elektrik , hari ini berjaya gak saya dan partner memasangkan 4 unit dulu. Baru jer nak pasang , macam-macam pertanyaan dari student...ayat yang biasa keluar ialah "bang bila buleh guna...' dan berapa ringgit sekali basuhan.." setelah sedikit penerangan diberikan akhirnya mereka bersorak "YAHOO.." Hari ni dah boleh guna....RM2.50 jer...takde masalah la bang...janji kitaorang senang.."
Bila dengar jer ayat tuh, segala kepenatan pun hilang...dalam kepala..asyik...pikir..rm...rm...rm...rm..he..he..he..Besok nak pasang lagi 4 unit kat blok perempuan lagi satu...pastu next week nak pasang 4 unit kat blok lelaki pulak.Harap2 semuanyer berjalan dengan lancar.Sila lah menjamu selera dengan gambar yang terbaru nih.

Monday, July 26, 2010

GAMBOR LAGI




Terima Kasih kepada En. Azlan ( Mentakab), En.Hafiz (Melaka) kerana mempercayai syarikat saya untuk membuat pemasangan mesin basuh layan diri di Kolej Jururawat Mentakab dan Kolej Yayasan Melaka.

PELIK???

Kadang-kadang kelakar juga bila lihat syarikat yang menyediakan perkhidmatan dobi layan diri ini berperang harga untuk membuat "JUALAN MURAH" yang pada saya harga yang ditawarkan adalah TIDAK MASUK akal. Sekali lagi, saya ingin TEGASKAN bahawa, bisnes ini ialah bukan seperti jual goreng pisang, apa yang kita tawarkan ialah "SERVIS". Dengan harga yang rendah apakah yang anda harapkan, seperti contoh :-

1- Servis yang berkualiti
2- Berapa lama masa yang diambil utk attend breakdown
3- Berapa lama spare yang perlu sampai
4- dan yang paling penting, berapa lama syarikat tersebut
akan angkat panggilan kita kalau kita ingin membuat
sebarang aduan kerosakkan

Adakah dengan harga yang mereka tawarkan cukup untuk 'cover' semua yang diatas?
Kalau anda seorang yang mempunyai fikiran LOGIK, adakah LOGIK dengan harga yang ditawarkan?

Contoh :-
1 mesin basuh 7kg = RM 750
1 coin box box = RM 650
Wiring + Piping = RM 200
jumlah = RM 1600

Secarana LOGIK adakah dengan harga satu unit lengkap yang ditawarkan sesetengah syarikat iaitu RM 1600 sesuatu harga yang MUNASABAH? Anda fikirkan secara logik...dimanakah Warranty Coin Box dan Mesin Basuh?Sudah tentu TIADA WARRANTY!!! Oleh itu, Janganlah anda tertipu dengan harga murah, kerana harga tersebut sudah tentu TIDAK LOGIK!

Monday, July 12, 2010

Sekadar Renungan

Saya lihat ramai yang ingin menceburi bisnesdobi layan diri ini tidak tahu menilai apa yang kita tawarkan..perlu diingat..apa yang kita bagi ialah 'SERVIS'. Ramai yang inginkan harga yang murah, dan akhirnya tertipu...ramai yang jumpa saya berkata mereka tertipu oleh sesetengah mereka yang memberi harga yang murah..dimana lebih murah dari syarikat saya...sememangnya harga saya agak mahal sedikit tetapi saya adalah orang yang berpegang pada janji...oleh itu kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini berhati-hati dengan mereka yang berjanji untuk memberi harga yang murah tetapi akhirnya....tertipu!!!

Sunday, July 11, 2010

Lagi Gambar Dobi Layan Diri






Salam,

Disini saya sertakan lagi beberapa lagi gambar mesin basuh yang telah saya pasang dibeberapa tempat di Selangor. Terima kasih kepada pelangan saya, En. Akhbar ( UPM), En.Zulkarnain (UTHM),En.Nizam (PLKN),Cik Sara dan beberapa orang lagi. Terima kasih kerana mempercayai saya dan menggunakan perkhidmatan dari Sri Inai Maju Enterprise. Saya cuba untuk memperbaiki perkhidmatan disamping memberi service yang bermutu dan membina peluang untuk berusahasama dimasa hadapan.
Kepada mereka yang berminat sila hubungi saya 013-6826669.
Buat masa ini saya menggunakan mesin basuh janama TOSHIBA kerana kualitinya memang terjamin disamping tiada masalah air bertakung apabila tekanan air rendah.

Thursday, July 8, 2010

Lagi Gambar Dobi Layan Diri



Untuk makluman, pihak mengesyorkan syarikat mesin TOSHIBA kepada mereka yang ingin menjalakan bisnes dobi layan diri terutama di asrama sekolah atau ipt. Ini kerana mesin tersebut tahan lasak dan mudah untuk digunakan disamping motornya yang POWER. Disamping itu juga, pihak syarikat boleh mengubahsuai mesin TOSHIBA ini dimana TIADA MASALAH AIR BERTAKUNG berlaku sekiranya tekanan air rendah.

Tuesday, June 22, 2010

PROMOSI DOBI LAYAN DIRI

PROMOSI DOBI LAYAN DIRI 'COIN OPEARATED'
=====================================

-->> 1 SET MESIN BASUH 6.5KG TOSHIBA ( JEPUN ) + PETI DUIT + PEMASANGAN +
PENGHANTARAN ( KL/SELANGOR/NEGERI SEMBILAN) = RM 1,800.
SIAP WARRANTY 1 TAHUN.

-->> 1 SET MESIN DRYER ELECTROLUX 6.0KG + PETI DUIT + PEMASANGAN +
PENGHANTARAN = RM 2,300.


-->> SILA HUBUNGI RUSLI 013-6826669

Wednesday, June 9, 2010

PROMOSI!!!

Kepada mereka yang ingin membeli coin box sahaja, harga seperti berikut :-

SPESIFIKASI
===========

- multi coin 10sen, 20sen, 50sen.
- ada 2 lock
- 3 digit display
- pemasangan yang mudah
- countdown timer ( 0 - 99 )
- boleh set masa dan value yang anda mahu

HARGA SEPERTI BERIKUT :
======================

RM 600 - ( tiada warranty )
RM 700 - ( 6 bulan warranty )
RM 800 - ( 1 tahun warranty )

Wednesday, March 31, 2010

Lagi Gambar Dobi Layan Diri



Kat sini saya guna mesin basuh cap "Ayam", jenama Midea.
Kos lagi murah..sebab cepat sikit cover kos.
Kalau berminat sila hubungi saya, 013-6826669
dan kalau ada yang tahu kat mana yg nak guna khidmat
saya jangan segan silu..hubungi saya.