Thursday, July 29, 2010

Projek Kat UNISEL





Alhamdulillah, hari ni siap pasang 4 unit mesin basuh Toshiba 7kg kat salah satu asrama perempuan. Setelah mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja2 paip dan elektrik , hari ini berjaya gak saya dan partner memasangkan 4 unit dulu. Baru jer nak pasang , macam-macam pertanyaan dari student...ayat yang biasa keluar ialah "bang bila buleh guna...' dan berapa ringgit sekali basuhan.." setelah sedikit penerangan diberikan akhirnya mereka bersorak "YAHOO.." Hari ni dah boleh guna....RM2.50 jer...takde masalah la bang...janji kitaorang senang.."
Bila dengar jer ayat tuh, segala kepenatan pun hilang...dalam kepala..asyik...pikir..rm...rm...rm...rm..he..he..he..Besok nak pasang lagi 4 unit kat blok perempuan lagi satu...pastu next week nak pasang 4 unit kat blok lelaki pulak.Harap2 semuanyer berjalan dengan lancar.Sila lah menjamu selera dengan gambar yang terbaru nih.

Monday, July 26, 2010

GAMBOR LAGI




Terima Kasih kepada En. Azlan ( Mentakab), En.Hafiz (Melaka) kerana mempercayai syarikat saya untuk membuat pemasangan mesin basuh layan diri di Kolej Jururawat Mentakab dan Kolej Yayasan Melaka.

PELIK???

Kadang-kadang kelakar juga bila lihat syarikat yang menyediakan perkhidmatan dobi layan diri ini berperang harga untuk membuat "JUALAN MURAH" yang pada saya harga yang ditawarkan adalah TIDAK MASUK akal. Sekali lagi, saya ingin TEGASKAN bahawa, bisnes ini ialah bukan seperti jual goreng pisang, apa yang kita tawarkan ialah "SERVIS". Dengan harga yang rendah apakah yang anda harapkan, seperti contoh :-

1- Servis yang berkualiti
2- Berapa lama masa yang diambil utk attend breakdown
3- Berapa lama spare yang perlu sampai
4- dan yang paling penting, berapa lama syarikat tersebut
akan angkat panggilan kita kalau kita ingin membuat
sebarang aduan kerosakkan

Adakah dengan harga yang mereka tawarkan cukup untuk 'cover' semua yang diatas?
Kalau anda seorang yang mempunyai fikiran LOGIK, adakah LOGIK dengan harga yang ditawarkan?

Contoh :-
1 mesin basuh 7kg = RM 750
1 coin box box = RM 650
Wiring + Piping = RM 200
jumlah = RM 1600

Secarana LOGIK adakah dengan harga satu unit lengkap yang ditawarkan sesetengah syarikat iaitu RM 1600 sesuatu harga yang MUNASABAH? Anda fikirkan secara logik...dimanakah Warranty Coin Box dan Mesin Basuh?Sudah tentu TIADA WARRANTY!!! Oleh itu, Janganlah anda tertipu dengan harga murah, kerana harga tersebut sudah tentu TIDAK LOGIK!

Monday, July 12, 2010

Sekadar Renungan

Saya lihat ramai yang ingin menceburi bisnesdobi layan diri ini tidak tahu menilai apa yang kita tawarkan..perlu diingat..apa yang kita bagi ialah 'SERVIS'. Ramai yang inginkan harga yang murah, dan akhirnya tertipu...ramai yang jumpa saya berkata mereka tertipu oleh sesetengah mereka yang memberi harga yang murah..dimana lebih murah dari syarikat saya...sememangnya harga saya agak mahal sedikit tetapi saya adalah orang yang berpegang pada janji...oleh itu kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini berhati-hati dengan mereka yang berjanji untuk memberi harga yang murah tetapi akhirnya....tertipu!!!

Sunday, July 11, 2010

Lagi Gambar Dobi Layan Diri






Salam,

Disini saya sertakan lagi beberapa lagi gambar mesin basuh yang telah saya pasang dibeberapa tempat di Selangor. Terima kasih kepada pelangan saya, En. Akhbar ( UPM), En.Zulkarnain (UTHM),En.Nizam (PLKN),Cik Sara dan beberapa orang lagi. Terima kasih kerana mempercayai saya dan menggunakan perkhidmatan dari Sri Inai Maju Enterprise. Saya cuba untuk memperbaiki perkhidmatan disamping memberi service yang bermutu dan membina peluang untuk berusahasama dimasa hadapan.
Kepada mereka yang berminat sila hubungi saya 013-6826669.
Buat masa ini saya menggunakan mesin basuh janama TOSHIBA kerana kualitinya memang terjamin disamping tiada masalah air bertakung apabila tekanan air rendah.

Thursday, July 8, 2010

Lagi Gambar Dobi Layan Diri



Untuk makluman, pihak mengesyorkan syarikat mesin TOSHIBA kepada mereka yang ingin menjalakan bisnes dobi layan diri terutama di asrama sekolah atau ipt. Ini kerana mesin tersebut tahan lasak dan mudah untuk digunakan disamping motornya yang POWER. Disamping itu juga, pihak syarikat boleh mengubahsuai mesin TOSHIBA ini dimana TIADA MASALAH AIR BERTAKUNG berlaku sekiranya tekanan air rendah.