Wednesday, January 15, 2014

Fenomena Dobi Layan Diri

Assalamualaikum....

    Fenomena dobi layan diri makin mendapat perhatian akhir2 ini...ramai yg call saya menyatakan berminat untuk menceburi konsep dobi layan ini berkonsep 24jam seperti yang rancak di pelopori oleh pelbagai syarikat.
   Bagi saya, untuk membuka konsep 24jam dobi layan diri , ia menggunakan modal yang tinggi...kalau ambil yg sistem franchise pula modal adalah RM 250,000. Ramai yang ghairah dengan sistem franchise tanpa kaji selidik terlebih dahulu.
   Fakta yg senang utk kaji selidik ialah :-
- modal yg diperlukan
- lokasi yg strategik
- siapa target customer
- berapa sewa kedai
- berapa anggaran bil elektrik dan air
- berapa lama utk dpt balik modal

   Utk konsep 24 jam dobi layan diri ini...purata customer yg dtg ke kedai mestilah lebih dari 50 orang sehari. Bermakna 50 x 7 =RM 350 sehari. Kalau sebulan = Rm 10,500 sebulan. Sewa kedai = RM 4000, bil utiliti = RM 1500 sebulan. Katakan keuntungan bersih lebih kurang RM 5000 sebulan. Kalau setahun = RM 60,000. So, untuk modal konsep 24jam dobi layan diri yg dikeluarkan RM 250,000....masa yg diambil utk ROI adalah 4 atau 5 tahun.
   Itu tidak termasuk lain2 hal tersembunyi. Pendek kata...pastikan anda yg ingin menjalankan dobi layan diri 24jam membuat dulu kaji selidik seperti diatas.
Semoga berjaya....apa2 pun hubungi saya 013-6826669 sekiranya ingin tahu lebih lanjut.