Wednesday, February 18, 2015

KURSUS DOBI LAYAN DIRI DAN SKIM PELABURAN DOBI

SALAM,

Kepada tuan dan puan yg saya kasihi, semenjak ini ramai yang hubungi saya bertanyakan tentang kursus dobi layan diri dan juga skim pelaburan dobi.
   Saya menasihatkan mereka yang ingin menceburi bidang dobi layan diri ini supaya membuat rujukan yang lebih mendalam supaya tidak mudah terpengaruh dengan mereka yang cuba mengambil duit tuan/puan tanpa di sedari...Ingatlah bisnes dobi layan diri ini bukan mudah seperti yg di gambarkan umpama..." DUIT MASYUKK HARI-HARI WALAUPUN TENGAH TIDUR"...
   Dan lebih dahsyat lagi bila ada pihak yang menganjurkan skim pelaburan, seperti contoh..." DENGAN RM 35,000 ANDA DAH DAPAT BUKA KEDAI DOBI DENGAN TEMPAT DISEDIAKAN DAN JAMINAN PULANGAN YANG MENGUNTUNGKAN...
   Ingatlah, tiada satu bisnes pun didunia ini mudah dan senang...duduk diam-diam dapat duit dan sebagainya.
Untuk Kursus dobi, saya memang menggalakkan tuan/puan menghadirinya tetapi biarlah kursus itu adalah bertujuan untuk membuka DOBI YANG BERKONSEPKAN KEDAI DOBI MANUAL...bermaksud ada pekerja, ada  mesin dry cleaning , servis mencuci karpet dan sebagainya. Kerana kedai yang sedemikian memerlukan orang yang mahir dalam bidang tersebut.
   Kalau tujuan untuk membuka konsep DOBI LAYAN DIRI kursus yang diberikan adalah selepas kedai anda telah siap di set up kan , dimana tuan/puan akan diajar dari A-Z , dari segi pengurusan, pengiklanan dan penyelenggeraan.
   Bayangkan yuran  kursus dobi layan diri RM 250 ke RM 300 seorang, tetapi tiada ilmu pengisian bahkan , mereka yang menganjurkan pula tiada contoh kedai yang telah dibuat...gambar yang ambil pula merupakan contoh dr kedai orang lain...bayangkan adalah berbaloi anda menghadiri kursus yang sebegitu?
   Sekiranya, anda ingin juga mengetahui mengenain Dobi layan Diri, Anda bolehlah hubungi saya 0136826669...dimana saya akan buat secara PERSONAL COACHING dan Tiada Bayaran dikenakan...yang penting anda ikut Langkah Di bawah:-

1- Sediakan Modal
2- Buka Syarikat
3- Cari lokasi yang strategik
4- Hubungi pembekal mesin

HUBUNGI SAYA 013-6826669.   TAK PERLU KURUS DAN MASUK SKIM PELABURAN DOBI.
SAYA AKAN BAWA ANDA KEDAI YANG TELAH SAYA SETUPKAN...NAK JUMPA DENGAN OWNER PUN BOLEH. JANGAN RAGU-RAGU...