Thursday, July 29, 2010

Projek Kat UNISEL





Alhamdulillah, hari ni siap pasang 4 unit mesin basuh Toshiba 7kg kat salah satu asrama perempuan. Setelah mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja2 paip dan elektrik , hari ini berjaya gak saya dan partner memasangkan 4 unit dulu. Baru jer nak pasang , macam-macam pertanyaan dari student...ayat yang biasa keluar ialah "bang bila buleh guna...' dan berapa ringgit sekali basuhan.." setelah sedikit penerangan diberikan akhirnya mereka bersorak "YAHOO.." Hari ni dah boleh guna....RM2.50 jer...takde masalah la bang...janji kitaorang senang.."
Bila dengar jer ayat tuh, segala kepenatan pun hilang...dalam kepala..asyik...pikir..rm...rm...rm...rm..he..he..he..Besok nak pasang lagi 4 unit kat blok perempuan lagi satu...pastu next week nak pasang 4 unit kat blok lelaki pulak.Harap2 semuanyer berjalan dengan lancar.Sila lah menjamu selera dengan gambar yang terbaru nih.

No comments:

Post a Comment