Sunday, August 21, 2016

Pilih supplier yang betul?

          Sebelum memilih perniagaan Dobi ini sebagai bisnes, anda mestilah membuat kajian dahulu siapa supplier anda. Pastikan yang sudah mempunyai track record dan testimoni yang baik. Ramai orang boleh menawarkan harga yang murah, tetapi perlu ingat harga yang amat murah akan menjerat anda!
         
          Untuk memulakan bisnes Dobi Coin Operated, MODAL adalah amat tinggi. Pulangan (ROI)adalah bergantung kepada lokasi, bilangan mesin, brand mesin, marketing dan juga after sales yang baik dari supplier.

          Menghadiri kursus bukanlah WAJIB kerana mereka yang menganjurkan kursus lebih kepada menjual. Sedangkan urusan Afetr Sales di serahkan pada Orang Ke -3. Anda perlu membuat kaji selidik. Tawaran pinjaman bank adalah omong kosong dimana kebenarannya tidak diberitahu dengan terperinci.

         Ada pula sesetengah supplier menggunakan nama samaran untuk mengelakan dari disaman dan mudah untuk melarikan diri. Anda boleh semak dengan menelefon pejabat atau semak dengan SSM secara online ataupun pergi sendiri ke pejabat SSM yg berhampiran.

          Pastikan setiap sebutharga/quotation jelas dari segi terma dan syarat seperti model mesin , warranty, servis dan sebagainya. Sekiranya ia adalah Branding, pastikan anda meneliti perjanjian Branding tersebut. Mesti ada PERJANJIAN BRANDING.

          Untuk mereka yang suka kepada sistem FRANCHISE, anda hendak kaji selidik dahulu franchisor dengan MFA atau teliti dahulu syarat dan perjanjian sebelum bersetuju. Pilih Franchisor yang sumber kewangan yang kukuh atau anda yang BUNGKUS.

         Bagi mereka yang memerlukan khidmat nasihat percuma, saya sedia membantu. Hubungi saya 013-6826669.

        Selamat menDOBI !!!

No comments:

Post a Comment